"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Selamat Hari Raya

>> Monday, August 13, 2012



selamat hari raya aidil fitri

Read more...

Selamat Hari Guru

>> Tuesday, May 15, 2012


Hampir bersawang laman sesawang bernama blogspot ini....tak lain tak bukan kerana kesibukan seharian masing-masing bergelar guru, manusia, anak, suami dan isteri (jika berkenaan)

tapi besok hari besar, 16 Mei 2012

tarikh yang ditabalkan sebagai Hari Guru di negara ini bersempena dengan tarikh Penyata Razak diterima oleh majlis sebagai undang-undang berkaitan dengan pelajaran.

oleh itu izinkan saya mengucapkan selamat hari guru kepada semua pendidik yang banyak berjasa kepada iaitu barisan pensyarah dan bekas pensyarah di IPG KBA (dahulu dikenali sebagai IPBA) dan bagi yang telah pergi sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah

tak lupa buat teman seperjuangan, sama ada yang sudah KISSM atau belum..SELAMAT HARI GURU

Read more...

Cuti-Cuti PISMP -Kelate

>> Sunday, March 18, 2012

Tarikh: Minggu lepaih
TEmpat: Kelate
Sempena: Tengok Mali dan jalan-jalan umah Suhaimi n Pert

Jejaka-jejaka bujang PISMP2... sorang tak bujang menyelit disitu...hihi

Sarapan Pagi d Gua Musang

Tetamu kehormat di Majlis Mali...

posted by: ~GerGasSi Ijau ~

Read more...

Cuti-Cuti PISMP - Melaka

>> Wednesday, March 14, 2012


Tarikh : Bulan doblas dua ribu seblas

Tempat: Melaka
Sempena: Topek bertemu Hidayah


Pingitan


Picnic Buah-buahan tempatan

Makan Besooorr...

Posted by : ~GerGasSi Ijau

Read more...

Ulang kaji kata pendek

>> Thursday, December 22, 2011

Ulang kaji kata pendek :

SKM - Sekolah Kurang Murid

GPS - Gred Purata Sekolah (Peperiksaan)

GPMP - Gred Purata Mata Pelajaran (Peperiksaan)

SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Pentadbiran)

EMIS - Education Management Information System (Pentadbiran)

HRMIS - Human Resources Management Information System (Pentadbiran)

NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca (Perpustakaan)

LINUS - Literasi Numerasi (Murid)

Protim - ???

SKT - Sasaran Kerja Tahunan

KPPM - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

 BPSH - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

KGT - Kenaikan Gaji Tahunan

JU - Jurulatih Utama

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

AG - Accountant General (Akauntan Negara)

SGM - Standard Guru Malaysia

PPP - Permata Pemotong Permata (Ella)

GB - Guru Baharu (PPGB), Guru Besar (amalan biasa)

SMM - Sistem Maklumat Murid, bukan Solidariti Mahasiswa tu...lain..

LKTP - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) contoh SK LKTP Jengka 25.

SBT - Sekolah Berprestasi Tinggi

PT - Pembantu Tadbir

CC - Chief Clerk

MP - Members of Parliament, Military Police

YH - Yang Hormat Dato' (Pahang)

PPM - Pembantu Pengurusan Murid (?)

KIP - Kuaters Institusi Pendidikan

RC - Report of Change (Kew 8) Penyata Perubahan Gaji

Pembantu teknik makmal komputer, apa panggilan?

Sehingga bertemu lagi, sayonara sayonara

Read more...

TAUFIK BERTEMU HIDAYAH

>> Saturday, December 17, 2011



Tahniah buat Taufik yang sudahpun bertemu dengan Hidayahnya.. Sweet gitu. Taufik dan Hidayah. Kuasa Allah menemukan mereka berdua. Semoga berbahagia hendaknya kalian berdua.

" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

Read more...

Tahun pertama mengajar..

>> Friday, November 18, 2011




Kriinnnggggggggggg..


Loceng yg berbunyi menandakan berakhirlah sudah kalendar persekolahan bg tahun 2011..Maka dgn itu,berakhir juga tempoh setahun pertama warga PISMP 2 bergelar pendidik..Walaupun secara matematiknya belum cukup tempoh setahun tp secara tidak matematiknya tahun pertama mengajar dah pun berlalu..


Sepanjang tempoh 10 bulan yg telah dilalui,bagaimana anda rumuskan pengalaman tahun pertama anda bergelar pendidik?


Menyeronokkan?


Memenatkan?


Apapun rumusan yg dibuat,sedarlah kita bahawa perjalanan kita masih lg panjang..Banyak lg sepak terajang dunia pendidikan yg bakal kita hadapi pd tahun-tahun yg mendatang..


Selamat bercuti diucapkan dan selamat mendirikan rumah tangga kpd sesiapa yg berkenaan..Warga PIMSP 2 sendiri akan menerima ahli keluarga baru kerana dlm tempoh yg kurang dr 24 jam ini,Khairul Idzhar akan melalui detik yg mendebarkan apabila berjabat tangan dgn wali kpd Noor Liana..Begitu juga dgn Shamsiah yg akan melengkapi rusuk kiri Ruhaizan pd 25 November nanti..Dan berita terkini yg agak sensasi,Taufik yg sudah bertemu dgn Hidayah nya bakal mengikat janji tautan dua hati pada 11 Disember..


Ahli keluarga PISMP 2 yg lain senantiasa mendoakan kebahagiaan kalian..


Peace, no war!

Tahun pertama belajar..


Read more...

Kemaskini Semasa

>> Thursday, October 27, 2011

Selamat Menyambut Pesta Cahaya, Deepavali kepada bekas pensyarah terutamanya Pn Saras & En Selva..Semoga berbahagia di hari perayaan ini.

Amali telah berangkat ke Mekah pada 24/10 dan mendarat di Lapangan Terbang Jeddah rasanya. 

Baiklah, selamat bercuti. sampai berjumpa lagi.

"Bahasa Jiwa Bangsa"


Read more...

Bulan Haji...telah tiba lagi

>> Saturday, October 8, 2011


Bulan haji, telah tiba lagi..menunaikan ibadah..panggilan baitullah

Selamat menunaikan ibadah haji kepada Pn Zuraidah dan En Tahir B Kamaruzzaman, semoga dipermudahkan urusan dalam menunaikan ibadah serta memperoleh haji yang mabrur, Insyaallah

Tidak lupa juga, kepada Mali yang dijangka bakal menunaikan haji dalam musim haji ini juga

Selamat menjadi tetamu Allah, di tanah suci..doa kami semua mengiringi perjalanan tuan puan sekalian.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP